I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 19, 2010

JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI KEDAH: Pengenalan Kepada 5S

Pengenalan Kepada 5S

Tuesday, May 18, 2010

Pengenalan Kepada 5S

1. Apa itu 5S?

5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Colombia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico.

SEIRI ertinya SISIH
SEITON ertinya SUSUN
SEISO ertinya SAPU
SEIKETSU ertinya SERAGAM
SHITSUKE ertinya SENTIASA AMAL

AMALAN 5S merupakan asas kepad peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan.

2. Tujuh sebab 5S popular

- tempat kerja lebih bersih dan tersusun
- tempat kerja lebih selamat
- hasilnya mudah dilihat oleh semua orang
- menjana pemikiran kreatif kakitangan
- meningkatkan dispilin secara semulajadi
- kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya
- meningkatkan keyakinan masyarakat teradap perkhidmatan agensi

3. Empat faktor kejayaan 5S

- sokongan dan komitmen berterusan dari pengurusan atasan
- 5S bermula dengan kesedaran, latihan, pemantauan dan penilaian
- semua orang mengamalkannya dan tiada siapa yang memerhati sahaja
- ulangi putaran 5S untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya budaya

4.Lawatan ke JPN

Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kedah dan Daerah Kota Setar mengadakan lawatan 5S ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kedah pada 18 Februari 2010. Semua Anggota Jawatankuasa Kuasa Induk dan Jawatankuasa Latihan terpilih untuk menyertai Lawatan tersebut

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada semua ahli jawatan Kuasa terhadap kesedaran dan amalan 5S dan diharap semua ahli jawatan Kuasa terlibat mempraktikkan serta menyampaikannya kepada ahli-ahli jawatan KUasa atau zon masing-masing.

5. Gotong-royong 5S

Aktiviti gotong royong diamalkan untuk menjalankan 3S yang pertama.

3S yang dijalankan ialah:
i) Sisih
ii) Susun
iii) Sapu

Aktiviti tersebut diadakan pada hari rehat. Zon-zon yang terlibat adalah:
i) Pejabat Negeri
- Zon cemerlang
- Zon Gemilang
- Zon Terbilang
ii) Pejabat Daerah
- Zon Morakot
- Zon Hurricane
- Zon El-Nino
- Zon Tsunami

Wednesday, May 12, 2010

Perutusan Ketua Pengarah

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya mengalu-alukan pengunjung laman blog Jabatan Pertahanan Awam. Blog ini telah direka bertujuan untuk memberikan seberapa banyak pendedahan dan pengetahuan mengenai Jabatan Pertahanan Awam terutamanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan. Laman web ini juga bertujuan memberikan pengetahuan kepada orang awam mengenai ilmu pengetahuan pertahanan awam khususnya yang berkaitan dengan pengurusan bencana dan kecemasan.

Para pengunjung yang saya hormati, seperti yang kita maklumi, negara kita adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun. Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah merubah struktur sosial dan juga demografi penduduk. Pusat-pusat pertumbuhan baru tumbuh di merata-rata tempat samada di kawasan rata maupun di lereng-lereng bukit dan tidak kurang juga yang tinggal di kawasan setinggan yang padat dan sempit. Dari segi pekerjaan pula selain bekerja di pejabat dan berniaga tidak kurang juga yang bekerja di kilang yang menggunakan pelbagai jenis jentera. Jalanraya kita pula penuh sesak dengan kenderaan pelbagai jenis dan pejalan kaki.

Dalam situasi seumpama ini, kita tidak dapat mengelak pelbagai kemalangan sehingga mengorbankan nyawa boleh berlaku. Melalui akhbar-akhbar kita sering melihat tragedi kemalangan yang menyayat hati. Kebakaran, kemalangan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya sudah menjadi sesuatu yang lumrah di negara kita. Banyak nyawa dan harta benda yang terkorban akibat daripada perbuatan dan kelemahan kita sendiri. Bencana alam seperti banjir, ombak besar tsunami dan tanah runtuh juga semakin menjadi satu fenomena yang biasa. Ramai mangsa yang terlibat selain kemusnahan harta benda. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita sewajarnya tidak mendiamkan diri apabila berhadapan dengan bencana dan situasi kecemasan yang mengancam nyawa dan harta benda lebih-lebih lagi sekira ianya terjadi ke atas ahli keluarga dan jiran tetangga kita. Dalam hal ini selain kesanggupan untuk membantu kita juga perlu memperlengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu menyelamat dan kecemasan.

Kami di Jabatan Pertahanan Awam bersedia untuk memberikan pelbagai jenis latihan menyelamat dan kecemasan kepada segenap lapisan masyarakat daripada kanak-kanak tadika sehinggalah warga emas. Hubungilah kami pada bila-bila masa samada melalui telefon, surat atau e-mail jabatan atau terus datang ke pejabat kami yang berdekatan untuk mendapatkan keterangan lanjut. Ingatlah bahawa keselamatan kita adalah tanggungjawab kita semua.

Selamat melayari lamam web rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia...

Sekian dari saya. Wassalam.

Yang Berbahagia Dato' Hj. Abdul Halim bin Abd Hamid
Ketua Pengarah

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang pengurusan bencana dan kecemasan dengan cekap dan professional seperti berikut :

Memperakukan penerimaan permohonan menjadi anggota sukarela dalam masa 7 hari dan dipanggil temuduga dalam tempoh 30 hari.

Melatih orang awam selama 8 jam mengenai ilmu asas Pertahanan Awam sebagai persediaan menghadapi kecemasan dan bencana .

Menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian dalam tempoh 2 minit selepas menerima panggilan kes kecemasan.

Tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kurang 10 minit bagi jarak dalam lingkungan 5 km.

Memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian dalam masa kurang 10 minit sebelum dihantar ke hospital.

Memberi maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh 24 jam (hari bekerja).

Fungsi Pertahanan Awam

FUNGSI PERTAHANAN AWAM


Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.

Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.

Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi keselamatan diri mereka.

Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.

Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.

Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

PERANAN PERTAHANAN AWAM


Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam

- Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).

Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan

Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.

Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221

Sejarah JPAM

PRA MERDEKA

1939 - Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah – langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.
1951 - The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
1952 - Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

PASCA MERDEKA

1957 - The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.
1958 - Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
1964 - Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 )
1965 - Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.
1970 - Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.
1972 - Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
1993 - Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

ERA PEMBANGUNAN

1994 -Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.
1995 - Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.
1996 -Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.
2000 -Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.
2000 -Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru.
2001 - Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untuk dilaksanakan didalam tempoh RMK 8 menjadi semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki komplek pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.
2004 - Motto ’ Selangkah Ke Hadapan ’ diperkenalkan sebagai komitmen warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ’ Delivery Service ’ yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam Jabatan.
2006 - Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.
2008 - Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada bulan Mac semasa Hari Sambutan Pertahanan Awam yang diadakan di Ipoh Perak.
2008 - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) telah memperkenalkan ’ Satu Negara Satu Nombor ’ sebagai talian panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

1952 - Setiausaha Pertahanan
1955 - Kemeterian Dalam Negeri
1959 - Kemeterian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kemeterian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementeria n Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri

Maklumat Korporat

1. Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

2. Visi

Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

3. Misi

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

4. Objektif

Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-
» Latihan kepada Orang Awam
» Sistem Amaran Bencana
» Pusat-pusat Perlindungan

Respond Kepada Bencana :-
» Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
» Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.
» Pembersihan
» Pembangunan Semula
» Kaunseling

5. Fungsi

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.
Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.
Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

6. Fokus Strategik

Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.
Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.
Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.
Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.
Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).
Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.
Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.
Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.
Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

7. Motto

Sedia Pantas Berintegriti

8. Nilai dan Teras

Cekap dan Tepat
Berdisiplin dan Bertanggungjawab
Kerja Berpasukan
Berkhidmat Dengan Ikhlas